PAS Tolak Sedara Islam Demi Duit Royalti Petrol


Malam semalam Nik Aziz tolak muzakarah perpaduan demi akidah dan masa depan Islam yang kini dihina oleh pelbagai pihak. Tapi muzakarah demi petroleum Nik Aziz mahukan pula. Pas kini menolak Islam lebih pentingkan petroleum.

Agaknya kalau UMNO ajak bincang untuk tubuh negara Islam dan undang-undang hudud agaknya Pas akan tolak juga. Islam bukan lagi dasar pas.

Sebelum itu, Najib dilaporkan sanggup berunding dengan Pas untuk kepentingan Islam tetapi tidak rela UMNO dihina oleh sesiapa sahaja.

Sebagai tindakbalas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pintu rundingan di antara Pas dan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini sudah tertutup rapat.

"Rundingan buat apa, ini cerita lama, nak berunding apa lagi. Tak perlu runding apa, kalau runding beri royalti saya setujulah.

"Itu memang hak Kelantan cuma nak tentu bila ahli Parlimen kita pergi Kuala Lumpur bolehlah runding," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun tetap dengan pendirian beliau bahawa dasar kebangsaan yang digunakan dalam pentadbiran Kerajaan Pusat perlu diganti dengan dasar Islam seperti yang diterapkan oleh parti Pas di Kelantan.

Namun apa yang dipelikkan dasar Islam PAS ialah perbincangan untuk perpaduan Islam tidak boleh, Islam boleh dihina, PAS tidak pun mengeluar kenyataan persetujuan kartika Dewi patut disebat secara rasmi, PAS juga boleh menentukan sesorang masuk syurga dan neraka, Islam suku politik suku iaitu Islam ikut telunjuk DAP, Islam yang membenarkan gejala Zina kerana menyokong Elizabeth Wong dan banyak lagi penyelewengan terhadap Islam.

Adakah Pas mengikut ajaran Islam yang sebenar?..

ISA: Isunya ttg I.S.A tetapi Banner SPRM dikeluarkan? Bengap kot


Orang datang demontrasi, mereka datang demontrasi. Orang bawa isu pasal Mansuhkan ISA. Mereka bawa "banner" SPRM. Lembu betul!!!

Berikut adalah cadangan-cadangan untuk lembu-lembu Melayu di dalam Pakatan Haram yang kononya memperjuangkan demokrasi dan keadilan di Malaysia sekiranya mereka berfikir untuk mengadakan demontrasi pada masa akan datang:

1. Cucu Tok Selampit mencabar lembu-lembu Melayu Islam di dalam Pakatan Haram agar membuat demonstrasi di Jalan Petaling (Petaling Street), Jalan Bukit Bintang dan di Brickfield di dalam perhimpunan haram jalanan mereka yang akan datang. Kenapa hendak susahkan bangsa Melayu beragama Islam yang mencari makan berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bijak pandai Melayu Islam Parti Angguk Saja (PAS) dan Parti Kena Reject (PKR), sila berikan komen anda mengenai cabaran saya.

2. DS Najib sudah berjanji Kerajaan bersedia menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium, untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan. Pakatan Haram pun ada Stadium Shah Alam dan Kelana Jaya. Buatlah demonstrasi 40 hari 40 malam sekalipun. Siapa yang nak marah. Kenapa buat atas jalan. Kenapa melibatkan aktiviti harian rakyat? Kenapa hendak menutup periuk nasi peniaga Melayu Islam yang berniaga di situ? Seperti kata DS Najib, "Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan."

Nota Kaki: Kumpulan penyokong akta ISA akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung demonstrasi kumpulan anti-ISA kelmarin yang banyak menyusahkan rakyat. Laporan berkenaan akan diadakan di Ibu Pejabat Suhakam pada pukul 3.00 petang nanti. Media adalah dijemput. Sila hubungi Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun @ 019-6046189 untuk keterangan lanjut.

PAS Janda Curang + x Ikhlas = Tamat Tempoh


UMNO bukanlah duda yang ingin merujuk kembali kepada isteri lamanya, PAS. Kalau dah dikatakan isteri untuk semua, siapa pula yang sudi beristerikan wanita yang sanggup mendua-tigakan suami? Jadi, jangan di dengar kata-kata orang yang tidak bertanggungjawab mengatakan UMNO sudah mati pucuk. Kenyataannya PAS berkelakuan Curang, perkara normal dalam sesebuah rumahtangga yang kahwin tidak ikhlas.

Persoalannya sekarang pihak yang curang pada mula cuba untuk berbaik semula dengan UMNO akan tetapi disebalik itu tersembunyinya niat yang cukup tidak digemari oleh mana-mana manusia di muka bumi ini. Selang selepas Nik Aziz menyatakan ingin berbaik-baik dengan kerajaan pusat, keesokannya harinya headline Nik Aziz: "Pergi jahanamlah UMNO!".

Secara tidak langsung, pekung di dada telah pun dibuka tanpa segan silu, status sebagai seorang yang alim dicabul oleh syaitan begitu saja. Oh tidak, jin apakah yang bertandang sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan seperti orang yang tidak pernah pergi sekolah?

Ibarat janda yang tiada siapa yang menanggung dirinya lagi, tiada siapa yang memberikan wang saku untuk bershopping, tiada tempat untuk meluahkan perasaan setelah dihentam teruk oleh 2 suami barunya dimana setiap tindak tanduknya dikawal. Inilah PAS yang desperate nak dijaga & popular, meludah ke langit terkena pada diri sendiri juga.

UMNO/Barisan Nasional dengan hati terbuka sentiasa mengalu-alukan niat baik daripada PAS itu demi kepentingan rakyat 1Malaysia walaupun PAS sentiasa mencemuh, memfitnah, memburukkan UMNO dan sebagainya.

Mahu tak mahu, PAS harus teruskan hubungan sulitnya yang juga haram dengan 2 suaminya itu. Sudah terlajak kata, tak dapatlah nak undur lagi. Isteri yang curang & miang + degil, tiada siapa sudi nak jadikan sebagai isteri.

Sengaja Menangguhkan Kes - Anwar


Anwar kata Pendakwaraya Masih Enggan Menyerahkan Bukti, Sengaja Menangguhkan Kes. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan pendakwaraya menangguhkan dahulu penyerahan dokumen berkaitan kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim, sementara menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap perintah tersebut.

KOMEN : BETUL KE AnWAR NI MERUNGUT ATAU BERSYUKUR...SELAMA NI YANG BUAT MACAM-MACAM ISU UNTUK MENANGGUHKAN KES ...SIAPA YA???? TAK PERCAYA KE!!!

Ni satu cara lagi Anwar nak menangguhkan kes : Dalam laporan polis terkini Anwar, beliau mendakwa Datuk Razak Musa, Pengarah Bahagian Pendakwaan SPRM menyelewengkan fakta dalam afidavit bertarikh 30 Jun 2009. Saya telah menulis dahulu Anwar wajar mencabar apa yang didakwanya itu di mahkamah. Barisan peguam beliau seramai 7-8 orang itu pasti bersedia berbuat demikian jika diarah Anwar. Namun Anwar memilih mensensasikan hal ini dengan laporan polis. Beliau pasti akan menyalahkan polis nanti mengapa laporannya ini tidak diambil tindakan sewajarnya. Selain mengalihkan tumpuan dari kemelut yang melanda pakatan pembangkang sekarang, Anwar akan menggunakan ini untuk mencemar imej polis ketika perbicaraan kes liwat beliau nanti....more news here

KOMEN : FANATIK Anwar MESTI PERCAYA PUNYA...MACAM CERITA HIDUSTAN LAH AnWAR NI...PATUTLAH SUKA NYANYI HINDUSTAN.....TAK APA AnWAR MERANCANG TAPI ALLAH MENENTUKAN....KITA TENGOK JE....

Satu Dunia Sudah Tahu


Teoh Beng Hock sudah mati. Jangan kita biarkan kematiannya dilupakan. Kerana punca sebenar kematian Teoh adalah rasuah berskala besar yang diamalkan oleh DAP sejak mereka mengambil alih pemerintahan kerajaan Negeri Selangor pada Mac 2008.

Dan untuk pertama kalinya, perlakuan tersebut dapat dibuktikan dengan berbagai bahan bukti yang menunjukkan nama-nama, cek, baucer-baucer dan projek-projek yang kini disiasat SPRM.

DAP (bukan PAS atau PKR) telah mencuri wang rakyat di Selangor. Mereka melakukan jenayah ini tanpa pengetahuan parti-parti komponen Pakatan. Mereka menipu bukan sahaja rakyat tetapi juga rakan mereka sendiri.

Jenayah ini sebenarnya bukan rasuah. Rasuah adalah anda mendapatkan wang secara haram daripada seseorang lagi. Seperti UMNO, seseorang mendapat satu projek. Kemudian mereka membayar 10% atau 20% kepada orang tengah, biasanya wang tunai dalam satu beg. Sangat mudah dan juga agak pintar.

Tetapi DAP adalah jenayahnya lebih bodoh lagi. Mereka menubuhkan syarikat-syarikat mereka sendiri, mewujudkan invois palsu, projek-projek palsu dan kemudian mengeluarkan wang kerajaan negeri.

Ini merupakan penyelewengan, bukan rasuah. Tetapi kerana mereka menyalahgunakan kuasa mereka ia juga melibatkan rasuah.

Kematian Teoh Beng telah dipolitikkan demi menunjukkan mereka tidak bersalah atau melakukan rasuah

seperti kes kematian penjenayah bernama Kugen baru baru ini.

Teoh Beng yang kini mendiang juga terlibat dalam skandal ini juga tetapi setelah dipaksa oleh Ean Yong dan Ronnie Liu. Beliau tidak menyukai apa yang berlaku. Untuk melindungi dirinya, Teoh membuat salinan semua dokumen-dokumen palsu dan syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh DAP.

Dan Teoh, kemudiannya menyerahkan hard disk yang mengandungi semua maklumat terperinci tersebut kepada seseorang yang kemudian berazam untuk membongkarkan kegiatan rasuah oleh DAP di Selangor.

Kaedah rasuah DAP di Selangor sederhana dan bodoh. Kawasan yang Masing-masing DUN (seperti Kajang, Teratai, Balakong) adalah diberi RM500,000 supaya ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dapat memanafaatkan kepada orang ramai melalui kegiatan dan program. DAP telah mencuri wang ini - sedikit demi sedikit.


Beberapa ribu ringgit pada satu masa. Tetapi terdapat lebih daripada 300 projek-projek kecil - Teoh menyerahkan satu senarai panjang.

Menurut Kerajaan Selangor mereka yang menerima dana ini hanya sekali sahaja, tetapi mereka berbohong. Dalam senarai yang disediakan oleh Teoh, hanya beberapa orang dan beberapa syarikat yang menyapu bersih kebanyakan daripada projek-projek itu.

Antara pemain-pemain besar yang terlibat dengan jenayah ini adalah itu adalah WONG CHUAN HOW (dalam Kawasan DUN Sungai Pelek) di bawah YB Ronnie Liu yang diberi 84 buah projek berjumlahkan lebih RM200,000 (Tarian Cina Persatuan Bahasa, Perayaan Buddha, Persatuan Huan Chian Chuen, Kejohanan Bola Keranjang). Menggunakan nama-nama syarikat termasuk Perniagaan Seri Makmur, Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise dan banyak lagi.

Teoh memberi satu senarai penuh. SPRM telah meneliti beberapa dokumen (daripada kira-kira 100 muka surat dokumen)

Timbul persoalan besar apabila seorang individu mendapat 84 kontrak berbeza?

Amaun-amaun itu kecil tetapi tetapi jika dijumlahkan keseluruhannya amat besar sekali. Ini hanya ada dalam setahun. Bayangkan jika DAP mengambil alih kerajaan persekutuan?

Di sini adalah beberapa contoh bagaimana DAP lakukannya. Nama-nama itu dan projek-projek itu semuanya adalah sebenar.

1. Rombongan Lawatan Penduduk 21/10/2008

WSK ENTERPRISE dibayar RM1,800 oleh negeri Selangor kerajaan menggunakan wang rakyat sebagai kontraktor / penyelaras. Pengeluaran wang adalah seperti berikut:

Invois dihantar oleh WSK: RM1,800
Bayaran 10% untuk DAP ADUN: 180
Bersih: RM1,620
Bayaran pembelian \'Buku-buku\': RM600 (Duit ini masuk akaun DAP Malaysia)
Bersih: RM1,020
Untuk Invoices / Stationery: 50
Baki RM 970 dibayar kepada Lee Sau Lan cek Public Bank 254059 - cek tidak jelas)

2. WSK Services

Menghantar invois berjumlah: RM3,455.00
Bayaran 10% DAP ADUN: RM345.00
Invois-invois: RM 50.00
Kepada Lee Sau Lan: RM3,059.00

3. Hong Chae Enterprise

Menghantar invois menjadi: RM 10,000.00
Kurang 5% DAP ADUN: RM500.00
Bersih: RM9,500.00

4. WSK Services

Menghantar invois berjumlah: RM 1,665.00
Bayaran 10% DAP ADUN: RM166.50
Bersih: RM1,498.50
DAP Serdang Aman: RM379.15
Kepada Hong Chae Enterprise: RM1,119.35
Bayaran kepada Teoh Beng Hock: RM112.00
Bayaran untuk Dana DAP: RM1,007

5. WSK Services

Jumlah invois: RM4,200.00
Bayaran 10% ADUN DAP: RM420.00
Bersih: RM3,780.00
DAP Serdang Aman: RM3,754.76

Untuk Tahun 2008 (ADUN Sg Pelek) di bawah YB Ronnie Liu sahaja terdapat 172 projek serupa

Jumlah ini, Items No. 89 Hingga 172 (83 buah projek dalam Sg Pelek) telah diputuskan Wong Chuan Chow yang bernilai RM216,950 untuk tempoh setahun.

artikel berkaitan :

. The DAP's corruption modus operandi in Selangor


salin daripada : http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/


Blog Widget by LinkWithin