
Orang datang demontrasi, mereka datang demontrasi. Orang bawa isu pasal Mansuhkan ISA. Mereka bawa "banner" SPRM. Lembu betul!!!
Berikut adalah cadangan-cadangan untuk lembu-lembu Melayu di dalam Pakatan Haram yang kononya memperjuangkan demokrasi dan keadilan di Malaysia sekiranya mereka berfikir untuk mengadakan demontrasi pada masa akan datang:
1. Cucu Tok Selampit mencabar lembu-lembu Melayu Islam di dalam Pakatan Haram agar membuat demonstrasi di Jalan Petaling (Petaling Street), Jalan Bukit Bintang dan di Brickfield di dalam perhimpunan haram jalanan mereka yang akan datang. Kenapa hendak susahkan bangsa Melayu beragama Islam yang mencari makan berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bijak pandai Melayu Islam Parti Angguk Saja (PAS) dan Parti Kena Reject (PKR), sila berikan komen anda mengenai cabaran saya.
2. DS Najib sudah berjanji Kerajaan bersedia menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium, untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan. Pakatan Haram pun ada Stadium Shah Alam dan Kelana Jaya. Buatlah demonstrasi 40 hari 40 malam sekalipun. Siapa yang nak marah. Kenapa buat atas jalan. Kenapa melibatkan aktiviti harian rakyat? Kenapa hendak menutup periuk nasi peniaga Melayu Islam yang berniaga di situ? Seperti kata DS Najib, "Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan."
Nota Kaki: Kumpulan penyokong akta ISA akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung demonstrasi kumpulan anti-ISA kelmarin yang banyak menyusahkan rakyat. Laporan berkenaan akan diadakan di Ibu Pejabat Suhakam pada pukul 3.00 petang nanti. Media adalah dijemput. Sila hubungi Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun @ 019-6046189 untuk keterangan lanjut.
0 comments:
Post a Comment